Alam Ghaib | |
---|---|
Pontianak | |
Alam | Alam Ghaib |
Berbentuk fizikal | Ya |
Mampu berubah bentuk | Tidak |
Mampu menyerupai manusia | Bentuk asal menyerupai manusia |
Menghisap darah | Ya |
Dipelihara | Tidak |
Bermasyarakat | Tidak |
Gambaran | |
Sejenis makhluk halus penghisap darah berbentuk wanita. |
Matlamat
Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. [1]Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.
Ejaan awalnya adalah pontianak, lihat gambar poster filem Anak Pontianak di atas, sebelum ditukarkan sebagai puntianak. Puntianak juga merupakan salah satu jenis hantu yang disenaraikan oleh Abdullah Kadir dalam bukunya, Hikayat Abdullah. [2]Puntianak dalam kegunaan lain
Pontianak (puntianak) juga merupakan nama ibukota Provinsi Kalimantan Barat di Indonesia iaitu Kota Pontianak (Ibukota Kalimantan Barat) ada kaitannya dengan hantu puntianak tersebut.Tersebutlah kisah, ketika Syarif Abdurrahman Al-Qadri pertama kali mendirikan Kota Pontianak, dia bersama rombongannya sering diganggu oleh hantu pontianak ketika menyusuri Sungai Kapuas yang merupakan pintu gerbang Kota Pontianak dari arah Laut China Selatan. Maka untuk mengusir hantu pontianak tersebut, ditembakkannya meriam. Sekaligus dimana peluru meriam itu jatuh, maka di situlah akan didirikan kesultanan. Maka peluru meriam itu jatuh melepasi di simpang tiga Sungai Kapuas dan Sungai Landak yang kini lebih dikenal sebagai kawasan Beting-Kampung Dalam Bugis-Pontianak Timur. Itulah cikal bakla Kota Pontianak. Nama Pontianak sendiri diambil dari nama hantu pontianak yang sering mengganggu Syarif Abdurrahman Al-Qadri. Syarif Abdurrahman Al-Qadri sendiri akhirnya menjadi Sultan Kesultanan Pontianak yang pertama (sekitar abad 17).
Kini Keraton Qadriah dan Masjid Jami' Sultan Syarif Abdurrahman masih berdiri dengan kukuh di kawasan Beting dan Kampung Dalam Bugis-Pontianak Timur, sebagai saksi bisu kejayaan Kesultanan Melayu Pontianak-Kalimantan Barat-Indonesia.
Puntianak dalam filem
Sekitar tahun 1950-an beberapa filem hantu telah difilemkan di Singapura terutamanya oleh Cathay-Keris yang masih menarik untuk ditonton hari ini. Antara yang mashyur adalah Filem Pontianak, Filem Sumpah Pontianak (B.N Rao, 1957, 1958), Filem Anak Pontianak (Ramon A. Estella, 1958), dan Orang Minyak (L. Krishnan, 1958). Ia memberi kesan yang amat sangat sehingga dilaporkan ada penonton yang pengsan kerana menonton filem-filem tersebut. Filem-filem tersebut berasaskan dari lagenda Melayu amat menghiburkan masa kini sebagaimana ketika ia dikeluarkan, walaupun kini ia mungkin dianggap tidak lagi menakutkan dan amat melucukan berbanding keadaan sebenar ketika filem tersebut dihasilkan.Dalam kebanyakan cerita seram yang ditunjukkan di televisyen, ia menayangkan bahawa hantu puntianak membunuh mangsanya dengan menghisap darah di bahagian tengkuk mangsa. Namun begitu di dunia yang nyata, tiada kes dilaporkan mengenai adanya manusia yang mati dibunuh oleh puntianak.
Filem-filem tersebut mendorong kepada ketaksuban rakyat masa itu kepada perkara-perkara kurafat, yang akhirnya menyebabkan filem-filem sedemikian diharamkan penghasilan dan disekat daripada saluran kerajaan. Ini bagi menyekat kepercayaan karut yang timbul kesan daripada cerita-cerita sedemikian.
Pada masa kini, dengan cahaya yang terang sepanjang masa, kebanyakan kita menganggap ketakutan yang ditunjukkan dalam filem tersebut sebagai mengarut. Tatapi apabila kita berhadapan dengan suasana yang serupa, keadaan gelap ditengah hutan dengan haiwan buas berkeliaran, ketakutan terhadap sesuatu yang tidak dapat dilihat merupakan sesuatu yang benar bagi mereka yang hidup ketika itu.